Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bismillahirahmanirahim, Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Wednesday 4 March 2015

GASTRIK, KLINIK DAN SAYA

PEDIHNYA,SAKITNYA PERUT....OH GASTRIK

Haaa...kenapa pulak tuuu....awat ke klinik pulak....

Semalam saya disapa oleh seseorang,yang sama dengan sejarah saya dulu, GASTRIK

Dulu setiap bulan mesti ke klinik, 2 sebab....kalau bukan sebab demam, sebab gastrik..setiap bulan uuolss, masa tu kerja di Shah Alam, beberapa tahun dulu. Weekend pegi kelas part time degree 8am-5pm, malam buat assignment, nak shopping pun tak sempat, memang enjin saya NON STOP tanpa nutrien yang lengkap dalam badan, mudah sangat jatuh sakit, letih sokmo....

Sebulan sekali atau 2kali muka saya kat klinik, hahaha...MC saya jarang ambik, teruskan jugak kerja dalam menahan kesakitan, maklumla kerja2 di bidang logistic dan warehouse ni serba pantas, semuanya nak cepat, semuanya ada deadline, tapi bila puasa tetap puasa taw...sayang nak tinggal puasa, soo...bersahurlah dengan sebaik mungkin ya...

Kadang2 tu kena sampai baring, berpeluh2 tahan sakit, dah macam senggugut pula huhuhu...

Siapa yang tak kenal ubat putih dan berangin dari klinik, untuk gastrik tu kannn...

Syukur sangat2, ESP lah yang saya kenal dulu sebelum produk2 lain dalam SHAKLEE,tahun 2013
Tak sanggup nak makan ubat kllinik berbungkus2 lagi
Tak sanggup nak telan ubat putih gastrik tuuu....
Sakitnya masyaAllah.....penghidap gastrik serius saja yang tahu
Better minum ESP, sedap pulak tuuu...khasiatnya jangan cakap laa..memang tip top, lagiiii best kalau saya jumpa ESP lebih awal kaaannn...FALL IN LOVE WITH ESP FOREVER, thank you Allah ♡♡♡

Alhamdulillah, customer baru saya semalam turut join ber ESP,terima kasih memilih saya dan berurusan dengan saya
Jauhi gastrik, sayangi ENJIN

pm/wassap saya, pernah menderita gastrik bertahun2
Asz 013-2597240
ID 933128

ESP...ESP...again...LOVE the product
LOVE SHAKLEE

Kelas NDT, korek segala ilmu2 dan tips2 dari Shaklee





Wednesday 25 February 2015

TIPS ELAK DEHIDRASI, KELETIHAN, TAK BERMAYA

Selalu letih? tak ber maya? Rasa tak cukup rehat?

Memang setiap hari kita dipenuhi dengan macam2 kerja kan, tak kira lah surirumah atau yang bekerja :)

Bila bangun pagi, rasa liat nak bangun? Rasa tak cukup tidur walaupun tidur sebelum pkl 11pm hehehe...rasa macam tak cukup rehat, rasa tak puas tidur,rasa penat semalam pun tak habis lagi..dan macam macam rasa lagi lah, kan... :)

Tapi macam mana kita handle semua situasi tu supaya kita keep fit, cergas, happy, sentiasa bersemangat, tak lesu, energetic? Lebih-lebih lagi pada musim panas berpanjangan ni.

Kalau en suami saya tu dia keje tak tentu masa, maklumla kerja shift kan. Bila orang tidur dia bekerja, bila orang bekerja dia tidur, lumrah mencari rezeki kan, alhamdulillah :)

OK, untuk saya, en suami saya dan seluruh family saya, kami suukaa sangat dengan minuman ni
Dari minuman bergas yang manis, better kita tukarkan kepada minuman tenaga ni yang tak ada pemanis tiruan, tak ada pewarna,  tak ada pengawet.

Selalunya saya suka bancuh 2 cara:
1. Bancuh beberapa sudu Performance Drink bersama air kosong/air sejuk, atau
2. Bancuh Performance Drink + ESP, digabungkan, bersama air kosong/air sejuk
Alhamdulillah....bertenaga selalu, nyaman...fresh, sedap :)

PERFORMANCE DRINK

1.Minuman elektrolit yang dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee
2.Minuman sukan pertama untuk para atlet di Amerika Syarikat
3.Minuman yang membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme)
4.Kalau nak tahu, penerbangan ni telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang TERJAUH iaitu 72 batu.
5.Minuman yang direka khusus untuk angkasawan NASA
6.Pilihan utama atlet dan pengembara terkemuka
7.Apa yang ada dalam minuman ni?? Potassium,kalsium,sodium,phosphorus,magnesium dan chloride - bahan bahan ini mampu membekalkan tenaga dan mengelakkan kelesuan

Fungsi Utama Performance Drink

  • Mengurangkan kehilangan cecair/bendalir dari dalam badan, menggantikan air yang hilang dalam badan selepas aktiviti harian
  • Membekalkan tenaga dan elektrolit dalam tubuh, memberikan keseimbangan metabolisme air dalam tubuh badan
  • Mencegah penyahhidratan atau dehidrasi, melembapkan kulit, melegakan kehausan, memberikan kesegaran
  • Mampu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Sangat sesuai kepada mereka yang aktif, bekerja, berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan,keletihan, vagina yang kering, cirit birit, sering pening dan sakit kepala, tiada selera makan


TIPS ELAK DEHIDRASI, KELETIHAN, TAK BERMAYA
Tips dari Perdana Menteri, kekal sihat di musim panas
 
Kandungan dan fungsi Minuman Tenaga
Kandungan dan Fungsi Minuman Tenaga Shaklee
 
Simpan Performance Drink dalam peti sejuk selepas dibuka
Simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan
kesegaran dan tekstur Performance Drink
Bertenaga, mengenyangkan, sedap
Bancuhan Performance Drink + ESP
Yummiee....sedap

Terima kasih sudi membaca coretan di teratak maya saya ini :)
Elakkan dehidrasi, keep fit, keep energetic, smile always

Hubungi saya untuk konsultasi istimewa, COD, tempahan atau pencerahan :)
Mama asz 013-2597240

Musim panas berpanjangan - Elakkan Strok Haba, dehidrasi

Jaga Kesihatan, cuaca panas berpanjangan

Assalamualaikum semua,
Kita semua perasan tentang perubahan cuaca baru2 ini kan. Cuaca panas ini bukanlah cuaca panas biasa, dan kita semua mudah terdedah kepada risiko strok haba dan dehidrasi. Lebih-lebih lagi kanak-kanak dan mereka yang selalu ada aktiviti di luar rumah / outdoor. Kurangkan aktiviti luar rumah, banyakkan minum air dan pemakanan yang sihat.

Di musim ni juga, saya mendapat khabar berita dari sahabat, 3 orang sahabat lama saya dijangkiti denggi. Allah....semoga mereka sembuh dan kita semua dijauhi dari wabak penyakit berbahaya. Seksa dan peritnya....saya juga pernah mengalaminya di saaat2 akhir final exam degree ketika menuntut sambil bekerja di Shah Alam dulu.

"Cuaca panas berakhir hujung Mac. Dua Wanita terpaksa menutup kepala mereka ekoran cuaca panas ketika melalui kawasan bangunan KLCC,Kuala Lumpur". Sumber Kosmo/Negara 25/02/2015  

PUTRAJAYA-Cuaca panas dan kering yang kini dialami di kebanyakan kawasan dalam Negara,merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan diramal berlaku sehingga penghujung Mac,kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail. Sumber Kosmo 26/02/2015

Apa tanda-tanda Strok Haba ??

Tanda-tanda strok haba yang perlu dipandang serius di musim panas berpanjangan ini.
Strok haba atau "Heat Stroke" berlaku apabila system tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal
  • Badan mengalami kenaikan suhu mendadak
  • kegagalan berpeluh
  • Suhu badan akan naik sehingga 41 darjah celcius atau lebih dalam masa 10-15 minit
  • Jika tidak dirawat, mengakibatkan kematian atau hilang upaya kekal

Tanda-tanda strok haba
Berhati hati dengan strok haba

Semoga kita semua terhindar dari strok haba ini dan dilindungi dari ancaman penyakit merbahaya
Apa langkah2 dan tips penjagaan kesihatan di musim panas?
Ayuh ikuti entry saya seterusnya :)

Terima kasih sudi membaca di teratak maya saya,
Asz 013-2597240

Friday 13 February 2015

Kelebihan SUJUD

KELEBIHAN SUJUD DARI KACA MATA PERUBATAN ialah:

Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita

1) Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).
2) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
3) Bernafas ketika sujud akan:
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus / fallenbandwomb)
c) Melegakan sakit hernia.
d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lung)
f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @SPLEEN (limpa)
g) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
h) Meringankan bahagian PELVIS
i) Memberi dorongan untuk mudah tidur.
j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m) Mengurangkan kegemukan (obesity).
n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).
o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
p) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.
q) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
r) Kesan sujud seperti yang diakui fahaman agama lain umpama SIKH di PUNJAB, BUDDHA mengamalkan YOGA yang sujudnya hampir sama dengan cara sujud Islam.

Semoga anak lelaki mama & papa,megat muhamad haziq juga menjadi anak soleh,tak lupa bersujud pada NYA,ALLAH yang maha ESA,amin....




Asz@mama asz
SID 933128
Terima kasih sudi membaca di teratak maya mamaasz.blogspot.com
Salam ukhwah :)


TIPS KURANGKAN RISIKO JADI PELUPA

Perasan tak kadang2 ada yang masih muda tapi asyik lupa
Lupa tarikh2 penting, lupa letak barang kat mana? Lupa makan vitamin? Lupa nama orang? Lupa arah jalan? lupa shaklee?? Eh..jangan la macam tu...hehehe

Jom Amalkan tips2 ni secara berterusan. Lebih baik jika diamalkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa

1.Membaca Al Quran
Amalkan membaca Al Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca al Quran dapat menenangkan jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan lebih baik

2.Banyakkan membaca
Jadikan amalan membaca sebagai aktiviti harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan,mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung dalam bahan bacaan. Bukan membaca novel cinta ya hehehe...tapi buku2 ilmiah. Kalau nak baca novel cinta, sekali sekala jelah ya,jangan maree.... :) :) tak rugi kalau kita banyak membaca bahan ilmiah contohnya buku2 ilmu kesihatan



3.Amalkan tidur yang cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan waktu tidur yang cukup. Badan perlukan rehat. Keletihan akan mengganggu maklumat atau data yang telah disimpan oleh otak & menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu,amalkan tidur yang cukup di makam hari sebab ianya membantu daya ingatan kita berfungsi

4.Mengawal tekanan
Tekanan atau stress akan membuat jiwa anda tak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Jaga2, jangan sampai jadi depressi pula ya. Bila jiwa tertekan,anda tak dapat berfikir dengan jelas,rasional & daya ingatan terjejas. Oleh itu kawal tekanan dengan membaca al Quran, positive self talk (Katakan yang baik2 tentang diri anda),amalkan vitamin yang sesuai seperti B COMPLEX yang juga berfungsi sebagai anti-stress selain untuk kesihatan anda.

5.Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot2 & melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki atau menaiki tangga (sekali sekala jangan guna lif ya, guna tangga hehehe)

6.Elakkan kemurungan
Hidup tak ceria, murung, sentiasa bersedih. Sentiasa berada dalam keadaan tak segar & rasa kecewa berpanjangan. Ini juga akan menjejaskan daya ingatan anda & menjadikan anda tak hirau dengan persekitaran anda. Ubati kemurungan sebelum menjadi lebih serius dengan berjumpa psikiatri atau sahabat2 yang positif & tingkatkan amal ibadah mendekatkan diri dengan Allah

7.Belajar sesuatu yang baru
Cuba aktifkan minda & pemikiran dengan mempelajari sesuatu yang baru, contohnya cuba belajar buat blog macam saya ni, budak baru belajar blogging hehehe....dan juga hadiri mana2 kelas, ceramah dan motivasi.

8.Awas dengan pengambilan ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat ubatan tertentu seperti pil hormon,ubat darah tinggi,anti-kemurungan dan sebagainya.
Untuk pengetahuan semua,vitamin bukan ubat ya, kerana vitamin tak mengandungi kandungan dadah. Seperti vitamin2 shaklee, semua vitaminnya adalah berasaskan sumber semulajadi, tumbuh tumbuhan, buah & ikan. Amalkan Omega Guard & Lecithin yang mantap,untuk ketajaman minda :)

OMEGA GUARD - Kajian telah membuktikan EPA & DHA di dalam Omega guard berupaya menstabilkan emosi,membantu kesihatan mental termasuk kemurungan,tekanan,kebimbangan,neurasthenia,autism,kanak2 hyperaktif & schizophrenia.

LECITHIN - Mengandungi kolina yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, perbaiki daya ingatan,menghalang alzheimer,meringankan stress.

9.Fokus
Fokus pada apa yang anda mahukan, apa yang anda inginkan dan apa yang anda sedang lakukan. Contohnya matlamat hidup. Belajar fokus dengan mencatatkan, tulis apa yang anda fikirkan. NIAT & MATLAMAT MESTI DITULIS, supaya kita lebih FOKUS & tak tersasar

10.Sebut berulang kali
Seperti kuasa minda dan seltalk. Perkara yang disebut berkali kali akan membuatkan daya ingatan bertambah kuat,katakan berulang ulang kali sehingga benar2 ingat maklumat/perkara tersebut

Sekian, yang baik dikongsi kongsikan,di sebar sebarkan
Jihad ilmu

Terima kasih :)
Asz 013-2597240
SID 933128


Monday 9 February 2015

Kisah Romantis Koleksi Hobi Transformers

Assalamualaikum semua sahabat2 & bloggers,

Sedikit coretan dari kisah hobi en perfect 10 saya@suami@imam saya yang amat saya sayangi, amboiii....macam pasangan sweet couple pulak ya hehehe...

Ramai orang ada hobi kan, termasuk encik suami saya,megat suhairi. Bekerja di warehouse, setiap hari berhadapan dengan transaksi & aktiviti operasi produk kecantikan dan kesihatan, dengan kata lainnya produk2 farmasi.

Mula2 berkenalan, melalui telefon berkaitan kerja sebab saya juga bekerja di bidang yang sama,syarikat kecantikan antarabangsa di Damansara. Masa tu memang tak tahu yang suami saya ni ada hobi yang pelik (pelik pada saya masa itula.....sekarang dah tak pelik hehehe).

Perkenalan & jodoh kami agak cepat,3 bulan di talian telefon, kemudian dengan direstui ayahanda bonda, perkenalan tak sampai setahun,kami terus bertunang. Dalam tempoh pertunangan tu, baru saya tahu yang si hensem ni rupa2nya ada hobi yang unik, mengumpul koleksi TRANSFORMERS....hihihi....saya tengok koleksi2nya....wow...impress...bagi saya la..macam orang jakun saya masa tu. Saya ingat hanya budak2 saja yang main koleksi ni sebab saya pernah tengok character2 ni masa saya bekerja di warehouse shah alam,bahagian Hasbro. Itu keje 1st saya di dalam bidang logistic & transport.

Saya terima dia & hobinya seadanya,bukan terpaksa taw...tapi rela hehehe
Saya pula tak ada hobi, hahaha...saya suka semuanya,suka membaca,suka pergi kelas,suka makan,suka jalan2,suka cari duit...hehehe...tu bukan hobi,kan. Latest hobi saya,ber bisnes part time dengan shaklee secara online, tapi sekarang dah jadi cinta hati saya,income kami,bukan lagi hobi,alhamdulillah.

Eh...panjang lebar pula kan :)
Dengan keizinan dan kesedaran suami saya hehehe, ini sebahagian koleksi encik suami untuk dikongsikan buat tatapan peminat2 Transformers. Boleh bertukar2 pendapat,berkongsi cerita dengan encik megat suhairi. Baru2 ini hanya beberapa item di short listed untuk dijual,dan akan di update dari semasa ke semasa di FB.
Buat pengetahuan semua, en megat juga berkongsi sedikit pendapat & membaca info2 saya dari blog ini,very supportive husband, terima kasih Allah :)

Masa mula2 berkenalan dengan cinta hati encik suami ni,tak lah sebanyak sekarang. Hampir penuh 1 bilik ni sampai tenggelam semua buku2 saya & pintu pun boleh dikuak sikit je sebab dah melimpah ke pintu hahahaha......
Anda di luar sana juga mungkin lebih banyak dari ini kan?

HANYA SEBAHAGIAN SAJA untuk dijual ya,bukan semua taw hehehe. Encik suami saya masih sayangkan koleksi2nya. Alhamdulillah kami saling memahami,doakan kami kekal bahagia,berjaya di dunia & akhirat ya,amin... :)

Detik bersejarah buat kami,mendirikan mahligai bersama,19 Nov 2011,dengan rela hatinya saya memberikan hadiah salah satu hantaran Transformers buat encik suami tersayang walaupun saya tak mahir dalam bidang hobi ni hehehe...alhamdulillah,berseri seri glowing muko encik suami masa tu hihihi...

Ok, jom cuci mata dengan hobi yang unik & amazing ni, mahal pun boleh tahan hehehe....ada dalam kotak besar tak dapat dikeluarkan sebab bilik dah terlalu padat,ambil masa laaa gamaknya masa nak pindah rumah nanti hehehe...

Hantaran Transformers beserta kasih sayang....ceewaahh :)
Alhamdulillah...sweet memory kami



Tetamu tidak digalakkan tido di bilik ini
Dikhuatiri tenggelam di dalamnya :)









Ok,sekian perkongsian Part 1 bagi pihak encik suami saya,megat suhairi 017-6276937.
Salam perkenalan & terima kasih kepada semua yang sudi membaca & mengeratkan ukhwah

KANSER UJIAN KEHIDUPAN-Part 1

Assalamualaikum semua ☺
Pernahkah terfikir tentang KANSER??
Pernah terfikir tak yang kita semua terdedah kepada risiko ini??
of coz semua orang nak sihat kan...☺

Secara jujurnya, Saya TAK PERNAH terfikir sehinggalah ia benar2 terjadi kepada insan yang kami lihat selalu sihat,cergas,aktif setiap hari. Jarang demam, kalau demam pun, tetap akan pegi buka gerai ikan juga, buat keje2 berat seorang diri. Awal2 pagi, pukul 5am dah keluar mencari rezeki untuk kami sejak kecil hingga support pendidikan saya ke menara gading.

Tersentap hati ini bila insan terdekat disahkan menghadapi KANSER USUS. Masa itu saya masih study di IPT (OUM) sambil bekerja di sebuah syarikat logistic di Shah Alam. Saya tangguhkan 2 semester kerana ingin membantu mak & abah,serta kos rawatan dengan duit gaji pada masa itu. Setahun 3 semester, selalunya saya akan bayar yuran dengan duit gaji dan ditambah sikit dari akaun KWSP saya. Masa tu, saya dah mula pakai kereta sendiri sebab mudah nak ke kelas & pergi kerja. Waktu itu saya kerja shift sebagai Supervisor, lebih mudah nak bergerak kan, kuliah pula sehari suntuk, hari Sabtu & Ahad 8am - 5pm. Jadi, kos yuran 2 semester itu di gunakan untuk membantu mereka. Apalah sangat jasa anak jika nak dibandingkan susah payah mak abah membesarkan anak2 siang malam,kan :)
Apabila melibatkan kes besar sebegini, melibatkan doktor pakar, sudah tentu melibatkan kos besar apatah lagi melibatkan 2kali pembedahan dan beberapa sesi rawatan susulan

May 2006 - Sakitnya Perut Abah sampai berpeluh2 menahan kesakitan

Macam biasa, Rutin abah pergi ke pasar Awam Kluang seawal 5am. Kecuali Isnin sebab abah pilih Isnin sebagai offday, hari rehat untuknya. Tak seperti orang lain, offday hari Ahad sebab hari Ahad lah paling ramai pengunjung membeli barang2 basah kat pasar, katanya.
Satu hari, tiba2 abah rasa sakit di bahagian perut, muka jadi pucat, menggigil,berpeluh2 menahan kesakitan. Cepat2 abah pergi jumpa doctor dengan pakaiannya direct dari pasar.  Doktor sahkan dia ada masalah di usus besar. Doktor tak mahu abah miss check up tu, doctor pegang dulu IC abah dengan harapan abah kembali semula ke hospital tu untuk check up lebih lanjut. Abah saya memang tak pernah buat medical Check up sebelum ni,asyik bekerja. Kalau demam pun, dia gagahkan diri pergi juga buka gerai ikan dia kat pasar, tabah sungguh abahku

Pembedahan PERTAMA, dipindahkan ke hospital lebih besar yang ada cukup faciliti. Mak stay di hospital berminggu minggu menemani abah siang malam, lagipun jarak hospital tu dengan rumah kami ambil masa 2jam. Saya stay di Shah Alam sejak tahun 2000, bekerja & belajar

Abah juga TAK PERNAH terfikir dia menyimpan sel2 kanser di dalam tubuhnya, kerana abah seorang yang sihat, tak ada simptom2 menunjukkan penyakit serius, jarang jatuh sakit.

Abah seorang yang berbadan besar, ada susur galur berdarah Arab di sebelah nenek moyang dulu. Selepas pembedahan ini,tubuh badannya menyusut dengan cepat, lemak menggeleber, bentuk wajah juga berubah menjadi cengkung, tiada lagi pipi yang tembam,kelihatan tulang2nya timbul, tak lagi aktif seperti kami adik beradik lihat sejak kami membesar,hanya terbaring. Kadang2 menahan kesakitan bekas jahitan menegak di tengah perutnya.

Setelah abah sedikit stabil,abah rehat di rumah dan tak berniaga lagi untuk jangkamasa lama. Selepas beberapa bulan, baru aktif berniaga kembali, tak betah duduk di rumah, dah biasa keje berat sejak zaman mudanya,sejak di kampong halamannya Kelantan, sebelum berhijrah ke Kluang Johor bersama mak . Dalam masa yang sama, rawatan susulan & check-up dibuat, semua appointment dengan doctor tak miss

Ujian kami sekeluarga tak berakhir di sini, ikuti kisah sambungannya di entry seterusnya.
Adakah pembedahan tadi penyelesaiannya? Apa yang berlaku seterusnya kepada usus besar abah?
Tunggu next entry dari saya, InsyaAllah

Asz 013-2597240
SID 933128

Kanser Usus Besar, hati hati dengan pemakanan



Tuesday 3 February 2015

UJIAN REZEKI

Ada yg diberikan Ujian dulu kemudian baru Rezeki
Ada yang diberikan Rezeki dulu kemudian baru Ujian
Ujian itu adalah didikan dari Allah untuk hati supaya sabar & ikhlas
Di sebalik ujian itu,Allah akan berikan yang terbaik,bersangka baik
Juara Da’i Farhan,tercicir dompet di surau,dompet hilang.Pencuri itu sempat keluarkan Rm5k dari akaun banknya.Dalam hatinya menganggap ini ujian Allah. Hatinya berkata,dia halalkan duit yang dicuri itu & bersabar.Tak lama lepas itu dia dinobatkan sebagai juara da’i pendakwah milenia berserta hadiah Rm50k
Macam mana nak dapat rezeki dari Allah,
1.Dekatkan diri dengan Allah, bacalah AlQuran selalu kerana AlQuran adalah surat cinta dari Allah
2.Belajar bersyukur-Orang bersyukur pasti berjaya,orang yang suka mengeluh akan gagal
3.Sabar,solat & berdoa
CARA NAK RASA KEINDAHAN UJIAN:
1.Tukar keluhan itu kepada doa
2.Doa rezeki-bismillahirrahmanirrahim
Allahumma bariklana fiima rozaktana waqina a’zabannar (doa ini selalu kita amalkan,doa ini bukan saja khusus untuk makan ya)
Allah tempat kita bergantung,berusahalah,siapa yang usaha dia yang dapat
"Man jadda wa jadda"
13 Cara mendapatkan keberkatan:
1.Jaga hubungan dengan Allah
2.Tunaikan segala tanggungjawab
3.Ikhlas
4.Sumber yang halal
5.Amanah
6.Syukur,redha
7.Usaha,doa,tawakal
8.Tawadhu’
9.Pemurah
10.Silaturrahim
11.Bersihkan hati
12.Berbakti kepada ibu ayah
13.Kuatkan semangat
Al Insyirah ayat 1-8 di sebalik kesusahan ada kemudahan
Al Anbiya 83
Sumber rujukan : Rancangan Semanis Kurma 27 Nov'14


Monday 26 January 2015

Pelaburan masa, Ilmu ilmu mantap

Assalamualaikum,
Sementara tunggu en.suami balik keje ni,jom saya kongsi pengalaman BEST semasa join kelas training di tempat baru iaitu FAIZWORLD TRAINING CENTRE. Dari PJ,anggaran 25minit perjalanan ke sini iaitu di Bandar Baru Bangi

Tak susah nak cari tempat ni, dekat sangat dengan Bangunan PKNS Bangi,sebelah belakang, dekat dengan bangunan2 kedai baru, di Jalan PB 5,seksyen 9. Bahagian bawah Faizworld ni ada kedai makan jual ikan patin masak tempoyak. Tempat training di TINGKAT 3.

Dalam FAIZWORLD ni,lengkap dengan faciliti, ada surau,tandas,bilik permainan kanak2 yang ceria. Suasana kelas & tempat duduk selesa

Kalau nak sewa, boleh hubungi

Faizworld Training Centre
D-12-3, Block D
Paragon Point 2, Seksyen 9
Jalan Medan PB5
43650, Bandar Baru Bangi
emel : training_course@faizworld.com
Tel : 03-89289799, 0169219110


Semua bebas minum dan bancuh sendiri ESP,MEALSHAKE,PERFORMANCE DRINK dan vitamin2 lain, VITALEA FOR CHILDREN pun ada,boleh rasa bagi yang belum pernah rasa. Cenderahati seperti kalendar cantik ni pun ada, lengkap diisi dengan gambar2 dan kata2 motivasi membangkit semangat. Cantik letak kat meja kerja saya di rumah hehehe....kalendar Jutawan gitewww...
Notepad & Collagen tu pula dapat free dari presidential master mamacery masa kelas asas Jutawan....terima kasih FAIZWORLD :)



Dua kali saya ke sini, memang berbaloi pelaburan masa. Selagi hidup selagi itulah ilmu tak pernah habis. Dalam dunia bisnes,ILMU mesti ada,lebih2 lagi bisnes Shaklee melibatkan kesihatan. Nak yakin consult pengguna, tak boleh pakai hentam saja kan, isi ilmu di dada selagi ada peluang

》16th Jan 2015, Kali pertama, datang ke sini dengam penuh semangat untuk kelas PRODUCT MASTERY 10am-1pm
Kelas ni dikendalikan oleh 3 wanita,juga ibu dan masters2 yang berpengalaman Master Azlin Mohd Atan, Master Puteri Yusof & Master Aishah. 
Pengisian mantap dari 3 masters. Insaf, betapa pentingnya kesihatan dalaman terutama wanita, masalah kesihatan seperti cyst,fibroid & endometriosis di mana2 saja. Sistem organ kita dicipta oleh Allah untuk hamba2nya,amanah dariNYA untuk dijaga dengan sebaiknya.
Cintakan diri,cintakan kesihatan,cintakan produk
Mula jaga kesihatan dari sekarang,amalkan supplemen, jaga enjin sebelum timbul masalah kesihatan
3 masters sedang mencurahkan ilmu kepada kami
Master Puteri,master aishah,master azlin

Saya yang bertudung biru itu, duduk depan sekali
amboi fokus menulis hehehe..


》22nd Jan 2015,ke sini lagi untuk join KELAS ASAS JUTAWAN,sesi petang 230pm-5pm
Niat nak ber bisnes mesti jelas,spesifik,dari hati, fokus
Sama macam kita menyayangi seseorang,sayangi bisnes,feel, berkongsi kebaikanya dari hati, selami isi2 dalam shaklee,sejarahnya,produknya,kajiannya

Kami juga berkongsi pengalaman tentang apa yang kami dapat dari produk2 shaklee,perkongsian saya pula tentang VIVIX sebab ia memberi kesan besar kepada ayah saya yang menghidap kanser.

Tak dilupa juga,antara anak2 didik saya yang hadir sama,kak haslina & kak zuraizah, my mentor juga mama Nur Herdayu. Pengisian ilmu yang cukup bermakna dari Presidential Master MamaCery

Anak2 didik Asz & Amazing Friends

Fokus-Presidential Master mamacery

Speaker jemputan-Coordinator Karina
kesan2 bisnes shaklee kepada kita

Fokus,rajin,ceria,ukhwah fillah

produk shaklee
Sesi berkongsi pengalaman dengan produk
saya berkongsi tentang kesan vivix ke atas kanser abah
Alhamdulillah.....kesan2 positif dan caj2 positif kami perolehi dari Training di FAIZWORLD TRAINING CENTRE
Terima kasih FAIZWORLD & Master2, yang belum pernah join, better join, semua ilmu2 cukup mantap,meresap ke hati & jiwa :) :)

Menuntut ilmu adalah TAQWA
Menyampaikan ilmu adalah IBADAH
Mengulang ulang ilmu adalah ZIKIR
Mencari ilmu adalah JIHAD
Kosongkan gelas dan penuhkan kembali
Ilmu tak akan habis, peluang ilmu untuk dicari, ditambah dan dikongsikan

Asz 013-2597240
SID 933128