Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bismillahirahmanirahim, Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Monday 9 February 2015

KANSER UJIAN KEHIDUPAN-Part 1

Assalamualaikum semua ☺
Pernahkah terfikir tentang KANSER??
Pernah terfikir tak yang kita semua terdedah kepada risiko ini??
of coz semua orang nak sihat kan...☺

Secara jujurnya, Saya TAK PERNAH terfikir sehinggalah ia benar2 terjadi kepada insan yang kami lihat selalu sihat,cergas,aktif setiap hari. Jarang demam, kalau demam pun, tetap akan pegi buka gerai ikan juga, buat keje2 berat seorang diri. Awal2 pagi, pukul 5am dah keluar mencari rezeki untuk kami sejak kecil hingga support pendidikan saya ke menara gading.

Tersentap hati ini bila insan terdekat disahkan menghadapi KANSER USUS. Masa itu saya masih study di IPT (OUM) sambil bekerja di sebuah syarikat logistic di Shah Alam. Saya tangguhkan 2 semester kerana ingin membantu mak & abah,serta kos rawatan dengan duit gaji pada masa itu. Setahun 3 semester, selalunya saya akan bayar yuran dengan duit gaji dan ditambah sikit dari akaun KWSP saya. Masa tu, saya dah mula pakai kereta sendiri sebab mudah nak ke kelas & pergi kerja. Waktu itu saya kerja shift sebagai Supervisor, lebih mudah nak bergerak kan, kuliah pula sehari suntuk, hari Sabtu & Ahad 8am - 5pm. Jadi, kos yuran 2 semester itu di gunakan untuk membantu mereka. Apalah sangat jasa anak jika nak dibandingkan susah payah mak abah membesarkan anak2 siang malam,kan :)
Apabila melibatkan kes besar sebegini, melibatkan doktor pakar, sudah tentu melibatkan kos besar apatah lagi melibatkan 2kali pembedahan dan beberapa sesi rawatan susulan

May 2006 - Sakitnya Perut Abah sampai berpeluh2 menahan kesakitan

Macam biasa, Rutin abah pergi ke pasar Awam Kluang seawal 5am. Kecuali Isnin sebab abah pilih Isnin sebagai offday, hari rehat untuknya. Tak seperti orang lain, offday hari Ahad sebab hari Ahad lah paling ramai pengunjung membeli barang2 basah kat pasar, katanya.
Satu hari, tiba2 abah rasa sakit di bahagian perut, muka jadi pucat, menggigil,berpeluh2 menahan kesakitan. Cepat2 abah pergi jumpa doctor dengan pakaiannya direct dari pasar.  Doktor sahkan dia ada masalah di usus besar. Doktor tak mahu abah miss check up tu, doctor pegang dulu IC abah dengan harapan abah kembali semula ke hospital tu untuk check up lebih lanjut. Abah saya memang tak pernah buat medical Check up sebelum ni,asyik bekerja. Kalau demam pun, dia gagahkan diri pergi juga buka gerai ikan dia kat pasar, tabah sungguh abahku

Pembedahan PERTAMA, dipindahkan ke hospital lebih besar yang ada cukup faciliti. Mak stay di hospital berminggu minggu menemani abah siang malam, lagipun jarak hospital tu dengan rumah kami ambil masa 2jam. Saya stay di Shah Alam sejak tahun 2000, bekerja & belajar

Abah juga TAK PERNAH terfikir dia menyimpan sel2 kanser di dalam tubuhnya, kerana abah seorang yang sihat, tak ada simptom2 menunjukkan penyakit serius, jarang jatuh sakit.

Abah seorang yang berbadan besar, ada susur galur berdarah Arab di sebelah nenek moyang dulu. Selepas pembedahan ini,tubuh badannya menyusut dengan cepat, lemak menggeleber, bentuk wajah juga berubah menjadi cengkung, tiada lagi pipi yang tembam,kelihatan tulang2nya timbul, tak lagi aktif seperti kami adik beradik lihat sejak kami membesar,hanya terbaring. Kadang2 menahan kesakitan bekas jahitan menegak di tengah perutnya.

Setelah abah sedikit stabil,abah rehat di rumah dan tak berniaga lagi untuk jangkamasa lama. Selepas beberapa bulan, baru aktif berniaga kembali, tak betah duduk di rumah, dah biasa keje berat sejak zaman mudanya,sejak di kampong halamannya Kelantan, sebelum berhijrah ke Kluang Johor bersama mak . Dalam masa yang sama, rawatan susulan & check-up dibuat, semua appointment dengan doctor tak miss

Ujian kami sekeluarga tak berakhir di sini, ikuti kisah sambungannya di entry seterusnya.
Adakah pembedahan tadi penyelesaiannya? Apa yang berlaku seterusnya kepada usus besar abah?
Tunggu next entry dari saya, InsyaAllah

Asz 013-2597240
SID 933128

Kanser Usus Besar, hati hati dengan pemakanan



No comments:

Post a Comment