Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bismillahirahmanirahim, Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Wednesday 25 February 2015

Musim panas berpanjangan - Elakkan Strok Haba, dehidrasi

Jaga Kesihatan, cuaca panas berpanjangan

Assalamualaikum semua,
Kita semua perasan tentang perubahan cuaca baru2 ini kan. Cuaca panas ini bukanlah cuaca panas biasa, dan kita semua mudah terdedah kepada risiko strok haba dan dehidrasi. Lebih-lebih lagi kanak-kanak dan mereka yang selalu ada aktiviti di luar rumah / outdoor. Kurangkan aktiviti luar rumah, banyakkan minum air dan pemakanan yang sihat.

Di musim ni juga, saya mendapat khabar berita dari sahabat, 3 orang sahabat lama saya dijangkiti denggi. Allah....semoga mereka sembuh dan kita semua dijauhi dari wabak penyakit berbahaya. Seksa dan peritnya....saya juga pernah mengalaminya di saaat2 akhir final exam degree ketika menuntut sambil bekerja di Shah Alam dulu.

"Cuaca panas berakhir hujung Mac. Dua Wanita terpaksa menutup kepala mereka ekoran cuaca panas ketika melalui kawasan bangunan KLCC,Kuala Lumpur". Sumber Kosmo/Negara 25/02/2015  

PUTRAJAYA-Cuaca panas dan kering yang kini dialami di kebanyakan kawasan dalam Negara,merupakan fenomena fasa akhir musim tengkujuh dan diramal berlaku sehingga penghujung Mac,kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail. Sumber Kosmo 26/02/2015

Apa tanda-tanda Strok Haba ??

Tanda-tanda strok haba yang perlu dipandang serius di musim panas berpanjangan ini.
Strok haba atau "Heat Stroke" berlaku apabila system tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal
  • Badan mengalami kenaikan suhu mendadak
  • kegagalan berpeluh
  • Suhu badan akan naik sehingga 41 darjah celcius atau lebih dalam masa 10-15 minit
  • Jika tidak dirawat, mengakibatkan kematian atau hilang upaya kekal

Tanda-tanda strok haba
Berhati hati dengan strok haba

Semoga kita semua terhindar dari strok haba ini dan dilindungi dari ancaman penyakit merbahaya
Apa langkah2 dan tips penjagaan kesihatan di musim panas?
Ayuh ikuti entry saya seterusnya :)

Terima kasih sudi membaca di teratak maya saya,
Asz 013-2597240

No comments:

Post a Comment